K.U.I.Z.M.

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad

MAJLIS DAURAH KITAB HADITH BERSANAD (MUSNAD)

E-mail Cetak PDF

majlis-daurah-kitabMAJLIS DAURAH KITAB HADITH BERSANAD (MUSNAD)

 

Bersama Syeikh Usamah Bin Badi' Sai'dan Al-Filastini Al-Shami

- Anak Murid Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Ulamak Hadith W. 1997)

1) Kitab Sahih Al-Imam Al-Bukhari (bacaan hingga khatam)

2) Kitab Al-Arba'in Al-Nawawiyyah (huraian hingga khatam)

3) Kitab Nukhbah Al-Fikar, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani (huraian hingga khatam)

Anjuran : Pusat Pengajian Umum, Bahagian HEA KUIZM.

Bermula April - Julai 2014 (4 bulan)

Setiap hari sabtu (15 kali pertemuan / 60 jam)

Dari jam 8.30 pagi hingga 1 petang (4 jam)

 

Baca Berikutnya...

Galeri Pameran Sempena Muktamar PAS Kali Ke-59 Disambut Baik

E-mail Cetak PDF

1480615_613196532072464_1231995562_nShah Alam, 22 November 2013 - Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 baru-baru ini, KUIZM sekali lagi menyertai galeri pameran bersama-sama Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) sepanjang muktamar berlangsung. Galeri pameran yang terletak di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam turut disertai galeri-galeri pameran dari pelbagai pihak bagi mempromosikan dan memperkenalkan produk atau institusi masing-masing. Pihak KUIZM menerima kunjungan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat bagi bertukar pandangan disamping menerima pendaftaran pengajian dari mereka.

Baca Berikutnya...

Lawatan Kerja Ke UNISEL Timba Pengalaman

E-mail Cetak PDF

IMG-20131203-WA0007Bestari Jaya, 13 November 2013 - Lawatan Kerja pihak pengurusan KUIZM yang dihadiri  Penolong Rektor (HEP), Ust. Mohd Norhan Hamsi dan Penolong Pendaftar (HEA), Ust Muhammad Najih Irsyad Ahmad Puhad ke Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini merupakan pertemuan kali pertama dalam rangka menimba pengalaman dalam struktur pentadbiran terutamanya dalam aspek pengurusan hal ehwal pelajar. Pihak KUIZM disambut penuh mahabbah oleh Timbalan Pendaftar UNISEL , En. Zulfikri Mohamed Kamil di Bangunan Canselori.

Baca Berikutnya...

MPMK Tukar Kepimpinan Baru Sesi 2013/2014

E-mail Cetak PDF

MPMK 20132014Taman Melewar, 15 November 2013 - Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) sekali lagi mengorak langkah dalam usaha memartabatkan mahasiswa Islam dalam arena dakwah dan kepimpinan di kampus. Pemilihan yang diadakan pada 1 November lalu semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-3 telah diputuskan melalui pilihanraya kampus anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP). Pemilihan kali ini menyaksikan Ahmad Syifa Abd Rahim pelajar semester 4 (Dakwah & Komunikasi) dipilih sebagai presiden yang baru.

Baca Berikutnya...

Enam Pelajar Sambung Pengajian Peringkat Ijazah

E-mail Cetak PDF

IMG-20131129-WA0012Palembang, 23 Sepember 2013 - Enam pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma baru-baru ini telah menempatkan diri di IAIN Raden Fatah, Palembang dalam bidang yang ditawarkan. Pengajian selama setahun seperti yang dipersetujui pada Majlis Menandatangani Persefahaman (MOU) lepas melayakkan mereka untuk dianugerahkan segulung ijazah sarjana muda. Penghantaran pelajar KUIZM turut disertai pelajar-pelajar dari KIDU dengan diiringi Rektor, Penolong Rektor (HEA), Ketua Jabatan serta Pegawai Pengiring dari KIDU.

Baca Berikutnya...

KUIZM Berjaya Lahir Graduan Sulung

E-mail Cetak PDF

DSC_0269Taman Melewar, 17 September 2013 - Seramai 10 graduan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma serta melayakkan mereka menerima diploma yang telah disampaikan oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada majlis konvokesyen kali pertama yang berlangsung di Dewan Dato' Fadzil Noor.

Baca Berikutnya...

Kemasukan Persediaan Diploma Julai ini

E-mail Cetak PDF

intake_july2013_-_CopyPihak KUIZM menawarkan Kursus Pengukuhan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi persediaan ke peringkat diploma. Tawaran ini merupakan pertama kali sebagai inisiatif pihak pengurusan memberi pengukuhan bahasa terlebih dahulu sebelum menduduki semester pertama dalam pengajian diploma yang ditwaarkan. Para pelajar lepasan SPM/STAM/SMA/SMU/Tahfiz dan 4 thanawi amat dialu-alukan untuk menyertai kursus ini sekaligus menyambung pengajian di peringkat diploma di sini.

Baca Berikutnya...

KUIZM Tandatangani Persefahaman Dengan IAIN Raden Fatah

E-mail Cetak PDF

kuizm-iain_radenTaman Melewar, 2 April 2013 - Buat julung kalinya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUIZM dan IAIN Raden Fatah, Palembang diadakan di Dewan Dato’ Haji Fadhil Noor, KUIZM. Seramai 6 orang tetamu dari IAIN Raden Fatah yang diketuai oleh Prof. Dr. H. Aflatun Muchtar, selaku rektor menghadiri majlis tersebut. Majlis yang bersejarah ini turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah KUIZM, wakil dari Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), wakil Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah(KUDQI), pengetua dari beberapa sekolah agama rakyat serta pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi  KUIZM.

Baca Berikutnya...

Wakil Pensyarah Hadiri Wacana Akademik KIDU

E-mail Cetak PDF

kidu_wacanaKuala Nerang, 16 Februari 2013 - Dalam lawatan kerja ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) bagi membincangkan kerjasama pendidikan untuk menghantar pelajar menyambung pengajian ke luar negara, wakil pensyarah KUIZM turut menghadiri Siri Wacana Akademik Kali Pertama bagi membincangkan isu di Syiah dan krisis Syria yang semakin meruncing sekarang. Wacana yang dihadiri Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi yang juga mantan Pengarah KIDU yang lepas menitik beratkan bahaya penularan ajaran Syiah yang semakin tersebar dalam masyarakat Malaysia.

Baca Berikutnya...

Seminar Ilmu Mawaris Tingkatkan Pengetahuan Hukum Faraid

E-mail Cetak PDF

mawaris_kuizmTaman Melewar, 27 Februari 2013 - "Seluruh umat Islam dan pelajar pengajian Islam khususnya perlu jelas dan faham dalam perbincangan ilmu mawaris" ujar Ustaz Mohd Jabal Alamsyah. Beliau berucap di hadapan seluruh mahasiswa KUIZM ketika Seminar Ilmu Mawaris di Surau Hassan Shukri. Program yang disusun oleh Lajnah Pendidikan MPMK mensasarkan para pelajar mampu menguasai dan memahami kaedah dan hukum yang dijelaskan dalam program tersebut.

Baca Berikutnya...

PNM Sedia Beri Khidmat Nasihat

E-mail Cetak PDF

PNMTaman Melewar, 27 Februari 2013 - Baru-baru ini pihak KUIZM telah menerima kunjungan daripada Perpustakaan Negara Malaysia(PNM). Rombongan ini merupakan kunjungan susulan selepas pihak KUIZM meminta pihak PNM memberi khidmat nasihat dalam merangka sebuah perpustakaan baru di sini. Rombongan yang diketuai Ketua Bahagian Khidmat Nasihat dan Rundingan PNM, iaitu En. Wan Husin Wan Ismail dan Pembantu Pegawai En. Khairul Anuar telah disambut Rektor, Dr Shahbudin Ngah dan Pembantu Pustakawan, Sdr. Mohd Hanif Mislan.

Baca Berikutnya...

Pelajar Baru Mula Pengajian 18 Februari

E-mail Cetak PDF
psmb13Taman Melewar, 14 Februari 2013 - Pendaftaran mahasiswa baru program Diploma baru-baru ini menerima 13 pendaftaran baru untuk kemasukan sesi Februari 2013. Pendaftaran secara walk-in turut dijalankan sempena hari pendaftaran. Program perasmian turut dihadiri  Rektor, Pendaftar serta Ketua Jabatan HEP bersama ibu bapa pelajar bagi menjayakan majlis perasmian dan sesi dialog.
Baca Berikutnya...

KOBIMBING Tawar Usahasama Dengan KUIZM

E-mail Cetak PDF

kobimbingWangsa Maju, 13 Februari 2013 - Kunjungan pihak KUIZM ke Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad (KOBIMBING) baru-baru ini membuka ruang baru usahasama yang boleh dibincangkan bagi membangunkan prasarana dan kelengkapan yang difikirkan perlu. Pertemuan singkat selama satu jam di pejabat KOBIMBING membuahkan hasil perbincangan yang menjurus ke arah usahasama kerja yang boleh dibentuk.

Baca Berikutnya...

Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Sepakat Bentuk Lima Resolusi

E-mail Cetak PDF

BengkelTaman Melewar, 5 Februari 2013 - Dalam memacu kecemerlangan akademik pelajar, Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) telah menyusun satu Bengkel Pemantapan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) sebagai satu keperluan kepada para pensyarah supaya dapat memberikan hasil yang terbaik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Program yang berlangsung selama tiga hari tersebut lebih memberi fokus kepada penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pengajaran supaya objektif pengajaran dapat dilakukan secara efektif.

Baca Berikutnya...

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Daftar Masuk

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday128
mod_vvisit_counterYesterday456
mod_vvisit_counterThis week1831
mod_vvisit_counterLast week28942
mod_vvisit_counterThis month73134
mod_vvisit_counterLast month142666
mod_vvisit_counterAll days952860

Tetamu

Kami ada 6 tetamu dalam talian
jom
You are here: Home