Ahad 19 November 2017

mawaris_kuizmTaman Melewar, 27 Februari 2013 - "Seluruh umat Islam dan pelajar pengajian Islam khususnya perlu jelas dan faham dalam perbincangan ilmu mawaris" ujar Ustaz Mohd Jabal Alamsyah.

Beliau berucap di hadapan seluruh mahasiswa KUIZM ketika Seminar Ilmu Mawaris di Surau Hassan Shukri.

Program yang disusun oleh Lajnah Pendidikan MPMK mensasarkan para pelajar mampu menguasai dan memahami kaedah dan hukum yang dijelaskan dalam program tersebut.

Dalam program tersebut, Ust Jabal turut menerangkan kaedah yang digunakan beliau dalam Majelis Mawarits. Beliau yang juga pengasas Majelis Mawarits di Indonesia telah mendidik hampir 530 pelajar ASEAN di Kaherah dalam penguasaan mudah ilmu mawaris.

Program yang bermula selepas solat Maghrib turut mengingatkan mengenai kewajiapan pelaksanaan harta si mati (tirkah) kepada 3 perkara:
1. Pengurusan jenazah
2. Hutang si mati
3. Wasiat yang tidak boleh lebih dari 1/3 dari baki bayar hutang dan wasiat tidak belaku kepada ahli waris

Akhirnya, pelaksanaan dan latihan perlu dipraktikkan bagi menguasai ilmu ini dengan baik kerana Nabi saw menyeru kepada umatnya belajarlah ilmu faraid dan ajarkanlah ia kepada seluruh manusia yang lain.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02