Selasa 22 Ogos 2017

kuizm-iain_radenTaman Melewar, 2 April 2013 - Buat julung kalinya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUIZM dan IAIN Raden Fatah, Palembang diadakan di Dewan Dato’ Haji Fadhil Noor, KUIZM. Seramai 6 orang tetamu dari IAIN Raden Fatah yang diketuai oleh Prof. Dr. H. Aflatun Muchtar, selaku rektor menghadiri majlis tersebut. Majlis yang bersejarah ini turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah KUIZM, wakil dari Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), wakil Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah(KUDQI), pengetua dari beberapa sekolah agama rakyat serta pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi  KUIZM.

Para tetamu dari IAIN telah sampai di KUIZM pada jam 9.30 pagi dari hotel panginapan. Pada jam 10 pagi, Rektor KUIZM, Dr. Shahbudin B Ngah, Pengarah Program, Ustaz Mohd Juzaili B Juhan beserta beberapa orang Ahli jawatankuasa Unit Sambutan mengiringi tetamu IAIN Raden Fatah masuk ke dalam dewan. Pengerusi Majlis, Ustaz Mohd Farkhan B Md Zain memulakan majlis dengan mengalu-alukan kedatangan Rektor KUIZM dan para tetamu

Majlis  yang bersejarah ini dimulakan dengan nasyid Asmaul-Husna. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh Mohd Syafie B Md Yunos, pelajar KUIZM. Beliau telah membaca Surah Al-Hujurat : Ayat 10-18. Selepas itu para hadirin dihidangkan dengan tayangan Video Korporat KUIZM untuk memberi pengenalan tentang sejarah penubuhan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, KUIZM.

Selesai tayangan Video Korporat KUIZM, pengerusi majlis menjemput Dr Shahbudin B Ngah, Rektor KUIZM, Tn Hj. Md. Soh @ Mansor Embung, Ahli Lembaga Pengarah KUIZM selaku saksi KUIZM, Prof. Dr.H. Aflatun Muchtar, Rektor IAIN Raden Fatah, Palembang dan Prof. Drs. H.M. Sirozi, Pembantu Rektor 1, selaku saksi mengambil tempat di atas pentas untuk meneruskan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara KUIZM Dan IAIN Raden Fatah, Palembang.

Majlis ini diteruskan dengan ucapan oleh Dr. Shahbudin B Ngah selaku Rektor KUIZM. Beliau mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak IAIN Raden Fatah, Palembang kerana sudi untuk mengadakan kerjasama ini dan mengharapkan pelajar KUIZM dapat memperoleh manfaat yang banyak dripada kerjasama ini. Seterusnya pihak hadirin mendengar pula ucapan daripada Prof. Dr.H. Aflatun Muchtar, selaku Rektor IAIN Raden Fatah, Palembang. Beliau melahirkan rasa gembira telah sampai di Malaysia dan dapat datang ke KUIZM. Beliau menasihati para pelajar KUIZM supaya bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menggalakkan para pelajar KUIZM meneruskan pengajian di IAIN Raden Fatah, Palembang.

Selepas tamat ucapan daripada Rektor IAIN Raden Fatah, Palembang, tibalah acara yang dinantikan iaitu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Kuizm Dan IAIN Raden Fatah, Palembang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Rektor dan saksi daripada kedua-dua institusi. Mereka telah menandatangani dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kedua-dua institusi. Selesai menandatangani dokumen tersebut, Rektor KUIZM dan Rektor IAIN Raden Fatah, Palembang bertukar fail sebagai tanda persefahaman dan kerjasama tersebut.

Sebagai tanda kenangan, pengerusi majlis menjemput Rektor KUIZM menyampaikan cenderahati kepada Rektor  IAIN Raden Fatah, Palembang. Pihak IAIN Raden Fatah, Palembang juga turut memberi cenderahati kepada pihak KUIZM. Sesi fotografi juga telah diadakan diantara tetamu IAIN Raden Fatah, Palembang bersama pihak KUIZM dan tetamu-tetamu jemputan yang lain.

Sebelum mengakhiri majlis yang bersejarah ini, pengerusi majlis menjemput Ustaz Azhar B Yahya membacakan doa. Semua tetamu dan hadirin kemudiannya dijemput menjamu makan tengah hari yang telah disediakan. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02