Selasa 22 Ogos 2017

Gombak, 10 November 2015 - Sekitar jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari, seramai lapan orang mahasiswa semester 4 Jurusan Dakwah dan Komunikasi dengan disertai seorang pensyarah pengiring, Ustazah Mahirah binti Abdul Rashid dari Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad telah melakukan lawatan ke Klinik Smart Excel Hypnoterapy & Consultant bertempat di Sri Gombak.

Lawatan tersebut bertujuan mendedahkan kepada para pelajar tentang terapi yang dikenali sebagai hipnoterapi. Ia merupakan ilmu mental dan emosi serta menggunakan teknik komunikasi sepenuhnya.

Menurut Mustaqim Asmuji, pakar di dalam bidang hipnoterapi ini mengatakan: "Hipnosis berlaku dalam kehidupan seharian manusia, hipnoterapi pula adalah permainan bahasa yang dapat mempengaruhi seseorang seterusnya dapat melahirkan perubahan terhadap kelakuan serta memberi impak kepada aura positif".

Justeru itu, hipnoterapi harus dimanfaatkan dengan baik sebagai kawalan emosi yang seimbang agar dapat mengekalkan aura positif di dalam kehidupan seharian.

pic 147 1

 

pic 147 2

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02