Selasa 22 Ogos 2017

Setapak, 18 November 2015 - Lapan orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad bersama pensyarah pengiring, Ustazah Mahirah binti Abdul Rashid mengadakan lawatan ke The National Autisme Of Malaysia (NASOM) di Setapak Garden.

Lawatan bertujuan memberi pendedahan secara praktikal mengenai tugasan kajian terhadap kanak-kanak autisme. Sesuai dengan subjek Pengurusan Psikologi Dakwah, peluang ini dipraktikkan sebaiknya oleh mahasiswa semester 4, Jurusan Dakwah dan Komunikasi.

Autisme merupakan simptom yang berkait rapat dengan perkembangan otak. Secara teorinya nisbah kiraan 4:1 menunjukkan lelaki lebih terdedah kepada gejala autisme berbanding perempuan.

Menurut perkongsian salah seorang guru di NASOM, di antara faktor autisme ialah faktor keturunan.

Gejala ini boleh dirawat namun tidak boleh mendapat kesembuhan sepenuhnya.

Justeru itu, masyarakat autisme harus dihargai kerana ianya bukan simptom penyakit tetapi anugerah dari Tuhan.

pic 148 1

pic 148 2

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02