Bogor, Indonesia, 3 Disember 2015 - Tarikh awal Disember 2015 lalu mencatatkan satu lagi sejarah bagi KUIZM apabila usaha memuktamadkan kerjasama dengan Sekolah Tinggi Ekonomi Islam Tazkia yang dipimpin oleh Ustaz Dr. Muhammad Syafii Antonio berjaya.

Kerjasama ini akan membolehkan lepasan Diploma Muamalat dan Kewangan Islam KUIZM menyambung pengajian di STEI Tazkia selama 2 tahun untuk menyempurnakan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda.

KUIZM diwakili oleh Ustaz Mohd Farkhan Md Zain (Penolong Rektor), Ustaz Wan Ahmad Rasyidi (Bendahari) dan Ustaz Azhar Yahya (Ketua Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam) dalam perundingan tersebut.

Alhamdulillah... semoga hasrat melahirkan pejuang-pejuang ekonomi dan kewangan Islam akan lebih cemerlang dengan kerjasama 2 IPT negara serumpun ini.

pic 151