Sabtu 24 Jun 2017

Kuala Lumpur, 15Januari 2016 - Encik Mohd Hanif Mislan (Pembantu Pustakawan, Maktabah Yusuf Rawa, KUIZM) dan Encik Mohd Nazrie Abdurrahim (Pembantu Tadbir KUIZM) telah mengadakan lawatan kerja ke Knowledge Management Centre, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).

KMC IBFIM adalah perpustakaan yang memiliki koleksi terbaik dalam bidang kewangan Islam di Malaysia dan IBFIM juga telah menerbitkan lebih 70 buah buku dalam bidang kewangan Islam khususnya.

Hasil daripada lawatan kerja ini:

1. Pentadbiran KMC IBFIM memaklumkan bahawa para pelajar KUIZM khususnya Diploma Muamalat dan Kewangan Islam boleh datang membuat rujukan di perpustakaan yang beroperasi pada setiap hari bekerja.

2. Pentadbiran Maktabah Yusuf Rawa KUIZM akan berusaha untuk membeli buku-buku utama terbitan IBFIM yang boleh menjadi rujukan pelajar di KUIZM dalam masa terdekat.

Semoga lawatan kerja dan usaha sebegini akan mampu meningkatkan perkhidmatan perpustakaan Maktabah Yusuf Rawa kepada peningkatan akademik pelajar-pelajar KUIZM.

pic 153 1

pic 153 2

pic 153 3

pic 153 4

pic 153 5

pic 153 6

pic 153 7

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02