Selasa 22 Ogos 2017

KUIZM ditubuhkan di pinggiran ibu kota; Gombak, Selangor pada 6 Disember 2009. KUIZM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pertama yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.

KUIZM mula dibangunkan pada 14 Mac 2010 di atas bekas tapak Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di Taman Melewar, Gombak yang telah melahirkan ribuan tokoh dan figura hebat di persada nasional dan antarabangsa. Pelancaran bersejarah ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

 

pic 154

Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) telah menguruskan penubuhan KUIZM sebelum dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah KUIZM sehingga hari ini.

KUIZM yang mempunyai sistem akademik tersendiri yang dikendalikan oleh tenaga akademik daripada pensyarah berpengalaman dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang masing-masing.

Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah, KUIZM bercita-cita melahirkan para pelapis ulamak dan pemimpin yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang pelbagai untuk turun kelapangan masyarakat dengan membawa mesej Islam.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02