Ahad 19 November 2017

Bentong, 25 Februari 2016 - Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah melakukan lawatan rasmi ke Maahad Tahfiz Al Quran Dar Al Abrar dalam rangka menjalinkan hubungan kerjasama pendidikan antara kedua-dua belah pihak.

Delegasi KUIZM telah di ketuai oleh Penolong Rektor 1 HEA iaitu Ustaz Mohd Farkhan Bin Md Zain, dan diiringi oleh Pemangku Pendaftar KUIZM, Ustaz Abdul Rauf Bin Abdul Movin serta Ketua Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam, Ustaz Haji Azhar Bin Yahya.

Ketibaan delegasi KUIZM telah disambut oleh Pengerusi MTD Al- Abrar, Ustaz Roslan Md Esa dan Mudir Maahad, Ustaz Abu Wahbah Bin Md Esa.

Satu slot penerangan umum mengenai KUIZM telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Farkhan Md Zain di dewan masjid MTD Al- Abrar kepada seluruh warga MTD Al- Abrar dari kalangan pentadbiran dan pelajar.

Perbincangan meja bulat antara kedua belah pihak turut diadakan. Perbincangan telah berlangsung di Rumah Ngaji Maahad Tahfiz Al Quran Dar Al Abrar. Hasilnya, satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUIZM dan pihak MTD Al- Abrar telah dimeterai. Dalam MOU tersebut, KUIZM telah bersetuju untuk menerima Maahad Tahfiz Al Quran Dar Al Abrar sebagai salah satu "feeder school" kepada KUIZM.

Semoga MoU yang dipersetujui mampu mengembangkan institusi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi. Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga MTD Al- Abrar yang memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang lawatan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02