Isnin 18 Disember 2017

Alhamdulillah perbagai acara kemahiran amal Islami dipertandingkan dalam Ihtifal Amal Islami KUIZM 2016 yang berlangsung meriah pada 18 & 19 Mac lalu.

Kebanyakan pelajar memanfaatkan peluang yang ada ini untuk mengasah serta mempamerkan bakat-bakat yang ada dalam diri masing-masing. Kemahiran amal Islami ini amat penting untuk dimanfaatkan di medan dakwah apabila mereka terjun ke medan sebenar kelak.

Keseluruhan pelajar KUIZM dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Firqah Hassan Al-Banna, Firqah Syed Qutub, Firqah Umar Mukhtar dan Firqah Ahmad Yasin. Setiap firqah dikehendaki menghantar wakil untuk setiap acara yang dipertandingkan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Debat Bahasa Melayu, Pantun, Seni Khat, Nasyid, Pidato, Sajak, Forum Perdana, Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran. Juri hakim pula terdiri dalam kalangan pensyarah dan staf KUIZM juga juri jemputan dari luar untuk mengadili setip pertandingan yang diadakan dengan baik.

Upacara penutup Ihtifal Amal Islami KUIZM 2016 dan penyampaian hadiah telah dirasmikan oleh Penolong Rektor 1 (HEA) KUIZM, Al-Fadhil Ust Farkhan Md Zain pada sebelah malam Sabtu lalu. Firqah Hassan Al-Banna telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Ihtifal Amal Islami KUIZM 2016 setelah berjaya memenangi pelbagai acara yang dipertandingkan sepanjang Ihtifal berlangsung.

Selain itu, para pemenang dalam Ihtifal Amal Islami KUIZM 2016 ini akan meneruskan perjuangan untuk mewakili KUIZM dalam Karnival Amal Islami (KAMIL) peringkat IPT Islam PAS yang dijangka akan diadakan di KUIZM juga selaku tuan rumah pada awal Mei 2016 ini insyaAllah.

Tahniah dan mabruk kepada semua pemenang dan semua pelajar juga juri yang bertungkus lumus menjayakan Ihtifal Amal Islami KUIZM 2016 ini. YOU ARE AMAZING.

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

 

pic 159 2

pic 159 3

pic 159 4

pic 159 5

pic 159 6

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02