Sabtu 21 Oktober 2017

Bangi, 28 Mac 2016 : Satu pertemuan dan lawatan pendidikan telah dijalankan di Sekolah As Syakirin cawangan Bangi. Pertemuan empat mata tersebut telah diketuai oleh Ustaz Mohd Farkhan Bin Md Zain selaku Penolog Rektor 1 (HEA) dan berserta tiga lagi pegawai KUIZM iaitu Ustaz Mohd Norhan Bin Hamsi, Penolog Rektor 2 (HEP), Ustaz Azhar Bin Yahya, Ketua Jabatan Muamalat & Kewangan Islam dan Ustazah Nadiah Binti Abd Rahman, Ketua Jabatan Dakwah & Komunikasi.

Kehadiran delegasi KUIZM disambut oleh pengerusi dan pengasas sekolah iaitu Tuan Haji Helmi Azhar Bin Harun. Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan kerjasama pendidikan antara kedua belah pihak terutama untuk menjadikan Sekolah As-Syakirin sebagai "feeder school" bagi KUIZM.

Perbincangan yang berlansung telah mengambil masa lebih kurang empat jam yang menyentuh isu-isu pendidikan dan kerjasama antara KUIZM dan Sekolah As-Syakirin. Dalam perbincangan tersebut juga, kedua-dua belah pihak saling berkongsi pengalaman dalam membangunkan institusi pendidikan dan memberi idea kepada institusi masing-masing.

Pada akhir perbincangan, pihak sekolah sangat berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama pendidikan bagi mengembangkan peranan insititusi tersebut seterusnya melahirkan pelajar yang Rabbani. Semoga dengan lawatan daripada pihak KUIZM dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kolej yang dinaungi oleh Parti Islam Se-Malaysia ini.

 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02