Sabtu 21 Oktober 2017

Taman Melewar, 2 April 2016 : Seramai sekitar 21 orang pelajar Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI) semester baru sesi April 2016 selamat tiba dan mendaftar pada sebelah pagi tadi.

Setelah selesai sesi pendaftaran, semua pelajar berhimpun di Bilik Kuliah KUIZM untuk Majlis Perasmian & Sesi Taklimat.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pemangku Ketua Pusat Pengajian Umum KUIZM iaitu Al-Fadhilah Ustazah Salbiah Bt Abd Wahab.

Seterusnya ucapan perasmian disampaikan oleh Al-Fadhil Rektor KUIZM, Dr. Shahbudin B Ngah.

Setelah selesai majlis Perasmian, para pelajar seterusnya diberi taklimat berkenaan peraturan, etika dan sistem pengajian KPAPI KUIZM oleh Ustazah Salbiah Bt Abd Wahab.

Kebanyakan pelajar menyatakan rasa syukur diberi ruang dan peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu asas agama Islam di KUIZM dan bersemangat untuk memulakan pembelajaran pada hari ini.

Pada jam 10.30pagi setelah selesai Majlis Perasmian dan sesi taklimat, kelas pengajian pertama bermula dengan subjek Usul Feqh yang disampaikan oleh al-Fadhil Ust Abdul Azib.

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

]

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02