Selasa 22 Ogos 2017

Taman Melewar, 11 April 2016: Seramai 32 orang pelajar semester akhir PDS telah mengikuti pembelajaran di KUIZM selama seminggu bermula 2 April 2016 sehingga 8 April 2016. Kesemua pelajar ini merupakan kaum etnik Sabah, Sarawak dan Kemboja yang dilatih untuk menjadi pendakwah apabila pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sepanjang program ini, mereka telah didedahkan dengan ilmu dakwah kontemporari seperti Komunikasi Dakwah, Psikologi Dakwah dan Pengurusan Kaunseling Dakwah yang sememangnya merupakan subjek penting yang diajar di KUIZM.

Untuk melahirkan Pendakwah yang hebat, mereka juga dibekalkan dengan ilmu-ilmu dakwah berbentuk Turathi dan haraki seperti Aqidah Islamiyah, Dakwah Jihad, Ciri-ciri Pendakwah, Feqh Tayseer dalam Dakwah, Kewajipan berjemaah dan Ciri-cirinya, Penyakit dalam Kehidupan Pendakwah, Halangan dan Cabaran Sebagai pendakwah serta Golongan-golongan yang Gugur di Medan Dakwah.

Program ini juga turut diselia oleh Majlis Tafaqquh dan Tarbiyah (MAQTAR) di sebelah malam yang diisi oleh pimpinan pelajar KUIZM bersama Pimpinan PAS di peringkat kawasan dan Negeri.
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Mudir PDS, Us Misbahul Munir Bin Haji Masduki beserta kakitangan PDS yang lain atas usaha yang gigih dalam memartabatkan dunia Dakwah serta memberi kepercayaan kepada para pensyarah KUIZM untuk mengendalikan program ini.

Pihak KUIZM berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana sambutan yang sangat menggalakkan dan pelbagai manfaat dapat diperolehi.
Program ini berakhir pada hari Jumaat 8 April 2016 dengan ucapan penutup yang dirasmikan oleh Rektor KUIZM, Dr Shabudin Bin Ngah, turut dihadiri oleh 4 orang wakil dari PDS iaitu Us Misbahul Munir Bin Haji Masduki selaku Mudir PDS, timbalannya Us Izzuddin Bin Ismail dan 2 orang kakitangan daripada PDS. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil kepada para pelajar dan pensyarah serta penyampaian cenderhati kepada kedua-dua pihak KUIZM dan PDS.

 

 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02