Sabtu 24 Jun 2017

Taman Melewar, 13 April 2016: Buat julung kalinya, Maktabah Yusof Rawa telah menerima kunjungan daripada pustakawan Universiti Islam Antarabangsa UIA, Gombak. Kunjungan oleh empat orang pustakawan tersebut telah di ketuai oleh Pn Siti Hawa Darus berserta pustakawan yang lain. Lawatan tersebut dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan institusi perpustakaan IPT masing-masing.

Dalam pertemuan tersebut, Maktabah Yusof Rawa telah diwakili oleh En. Hanif selaku kakitangan perpustakaan berserta dua lagi pegawai KUIZM iaitu Ustaz Azhar Bin Yahya dan Ustazah Salbiah Abd Wahab. Pertemuan selama hampir tiga jam itu menyentuh pelbagai aspek.

Wakil pustakawan UIA juga telah memberi pelbagai cadangan dan nasihat bagi mengembangkan lagi Maktabah Yusof Rawa. Selain itu, mereka juga bersedia untuk memberi latihan kepada kakitangan maktabah dan membantu memberi khidmat nasihat dalam mengurus Maktabah Yusof Rawa.

Di harap dengan adanya pertemuan ini Maktabah Yusof Rawa boleh berkembang menjadi sebuah pusat maklumat terunggul di Malaysia selain menjadi pusat ilmu kepada pelajar KUIZM. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pustakawan UIA yang sudi membuat kunjungan ke KUIZM terutama ke Maktabah Yusof Rawa.

 

 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02