Sabtu 21 Oktober 2017

Kuala Lumpur, 17April 2016 : Seramai 32 orang mahasiswa termasuk pensyarah Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah mengikuti program Ilmu Knowledge Series kali ke 3 pada khamis lalu 14 April 2016, yang telah dianjurkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bertempat di Menara Bank Islam Kuala Lumpur.

Program ini adalah inisiatif dari Bank Islam yang menghimpunkan seramai 100 orang mahasiswa dari pelbagai IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia.

Program ini banyak memberi pengetahuan baru terhadap realiti semasa yang berlaku dan mendedahkan pengalaman serta operasi sistem kewangan dan perbankan Islam. Ianya diyakini dapat menyatukan dan menyelaraskan ilmu pengetahuan dan pengalaman antara golongan yang berada di arena pendidikan dan industri.

Antara tajuk yang telah diikuti ialah Pengalaman Bank Islam dalam Pengurusan Risiko Pematuhan Syariah serta Pengurusan dan Pengiraan Zakat di Bank Islam.

Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam KUIZM mengharapkan mahasiswa KUIZM dapat menyertai program tersebut sepenuhnya yang telah dijadualkan berlangsung sebanyak 10 siri dengan kekerapan sekali sebulan yang akan berakhir pada Disember nanti.

Pihak Jabatan Mualamat dan kewangan KUIZM amatlah berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bank Islam yang telah menganjurkan program ini. Semoga usaha ini akan dapat diteruskan pada tahun seterusnya dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

 

 

 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02