Sabtu 24 Jun 2017

Taman Melewar, 13 April 2016: Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) bersama Sekolah Tinggi Ekonomi Islam, Tazkia, Indonesia telah membuka peluang luas kepada pelajar Kuizm berkelulusan sarjana muda untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat master dan Phd di universiti-universiti tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kuizm, Nazri Chik berkata, ijazah yang diperoleh dari Tazkia itu telah diiktiraf oleh beberapa universiti tempatan di Malaysia termasuk Universiti Islam Malaysia (UIA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan sebagainya. Beliau juga menjelaskan, Kuizm sedang serius ke arah melakukan perubahan terhadap penambahbaikan kolej universiti tersebut dan selepas ini akan ada lebih banyak lagi program sarjana dan diploma yang akan ditawarkan di institusi terbabit.

“Jadi, sokongan daripada masyarakat khususnya amat penting untuk membolehkan kolej universiti ini bertambah maju pada masa akan datang,” ujar beliau ketika ditemui Harakah pada majlis menandatangai MoU yang diadakan pada 19 April lalu bertempat di Kuizm.

Demi melahirkan pelajar KUIZM yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, KUIZM mensasarkan Tazkia sebagai rakan seperjanjian kerana institusi terbabit adalah sebuah institusi yang menyajikan terjemahan aplikasi ilmu di dalam industri. Sehubungan itu, Rektor KUIZM, Dr Shahbudin Ngah mengharapkan hasil kerjasama ini KUIZM bukan sahaja dapat menghantar pelajarnya ke Tazkia malah juga dapat berkongsi input yang baik seperti latihan penyelidikan antara kakitangan KUIZM dan Tazkia, pertukaran pelajar dan sebagainya. “Apa yang diajar di KUIZM hanya antara kombinasi ilmu agama dan konvensional, begitu juga Tazkia, tidak adanya penyelarasan kesamaan.” Beliau bagaimanapun juga mengharapkan kerjasama ini akan membuka mata semua pihak baik ahli PAS mahupun masyarakat umum tentang potensi pelajar Kuizm dalam bidang ekonomi dan perbankan Islam pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Pengerusi Tazkia Dr Muhammad Syafii Antonio ketika ditemui menyifatkan kerjasama ini amat diperlukan dalam ummah sebagaimana kepentingan antara integrasi fikh dalam kewangan. “Saya melihat ramai yang menguasai fiqh, tafsir dan hadis tapi waktu yang sama mereka menguasai kewangan dan keadaan ini tidak ada di kebanyakan institusi di Malaysia. Maka dengan itu Tazkia bersedia menawarkannya.” Ujar beliau, Tazkia turut bekerjasama dengan South of Manchester University dalam program antarabangsa yang mana kelebihannya, pelajar KUIZM yang mengikuti kursus di Tazkia bukan sahaja akan menerima ijazah daripada Tazkia malahan juga dari South of Manchester University jika pelajar mengikuti program antarabangsa yang ditawarkan di Tazkia itu.

“Generasi Murabbi Pemacu Ummah”

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02