Sabtu 24 Jun 2017

KUALA LUMPUR: Karnival Amal Islami IPT PAS (KAMIL) 2016 merupakan platform mencungkil bakat dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang bernaung di bawah PAS. Selain mencungkil bakat terpendam melalui KAMIL, ukhuwah antara IPT juga dapat dirapatkan malah sasaran yang lebih besar adalah menjemput lebih banyak IPT supaya turut serta dalam semua pertandingan yang dianjurkan.

Menurut Pengarah Program KAMIL Ustaz Mohd Norhan Hamsi, objektif KAMIL 2016 adalah memperkembangkan potensi para pelajar dalam bidang ko-kurikulum selain daripada menguasai bidang akademik di institusi masing-masing. Pada 6 dan 7 Mei lalu telah berlangsung Karnival Amal Islami IPT PAS 2016 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Antara yang menyertai karnival selama 2 hari tersebut adalah Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Pusat Dakwah Serantau (PDS).

“Secara keseluruhannya, semua acara berjalan dengan lancar. Malah banyak bakat-bakat para pelajar yang sebelum ini kita tidak pernah nampak, boleh digilap dan seterusnya dikembangkan. Antaranya ialah acara tilawah Quran, memang hebat wakil daripada KIAS yang muncul sebagai Johan Kategori Lelaki”.

Persaingan sengit turut disaksikan dalam acara nasyid, Debat Ala Parlimen, berbalas pantun. Pantomin pula membawa tema tokoh gerakan Islam yang menjadi dasar kepada penubuhan kolej masing-masing. “Sepertimana KUIZM sendiri yang memenangi tempat kedua, mereka perlu menceritakan tentang perjuangan Profesor Zulkifli Muhammad itu daripada kelahiran, latar belakang pendidikan, bagaimana langkah beliau bersama terlibat dalam politik, gerakan Islam, pendidikan dan kesudahannya,” ujar beliau.

Juara pantomin pula iaitu KUDQI memilih tajuk “Sang Murobbi Tuan Guru Harun Taib”; satu pengkisahan semula yang amat menarik. KIDU yang berada di tempat ketiga membawa penceritaan kisah pengasasnya iaitu Ustaz Fadzil Mohd Noor juga perjuangan dan jasa beliau dalam pendidikan.

Antara acara individu yang dipertandingkan adalah tilawah al-Quran, hafazan al-Quran yang terbahagi kepada dua iaitu 1-10 juzuk dan 1 hingga 15 juzuk, pidato 3 bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris) dan seni khat.

Manakala kuiz pengetahuan am, nasyid, videografi (bertemakan ‘Perjuangan dan Muhasabah’), fotografi (tema ‘Kemeriahan KAMIL 2016’, terbuka untuk para peserta dan pengunjung), Debat Ala Parlimen dan pertandingan berbalas pantun adalah secara berkumpulan.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02