Jumaat 24 Mac 2017

26 Jun 2016, Ahad, Kuala Lumpur : KUIZM telah menganjurkan majlis berbuka puasa khas untuk para staf & pensyarah bersama keluarga masing-masing pada minggu ketiga bulan Ramadan yang lalu di Alamo Restaurant & Catering, Jalan Sultan Sulaiman, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut juga diadakan untuk menghargai 3orang pensyarah iaitu Ustazah Rahimah Nora Akmal Bt Mohamad, Ustazah Mahirah Bt Abd Rashid dan Ustazah Khairi Syutina Bt Mahmood serta seorang pustakawan KUIZM iaitu En. Hanif yang telah menamatkan perkhidmatan di KUIZM.

Selain itu, Rektor KUIZM, Dr Shahbudin Ngah, dalam ucapannya menyampaikan berita gembira kepada semua staf dan pensyarah bahawa semua akan mendapat bonus khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500.00 setiap orang.

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dan penuh meriah dengan harapan dapat terus mengeratkan lagi ukhuwwah sesama staf, pensyarah dan ahli keluarga untuk bersama memajukan KUIZM ke persada negara.

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

 

 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02