Selasa 25 April 2017

Pelajar KUIZM sem 4, 5 & 6 sesi lalu diwajibkan untuk menjalani Latihan Amali Industri (LAI) selama 2 bulan atau 8 minggu di beberapa buah institusi kewangan, institusi dakwah, institusi pendidikan dan seumpama dengannya.

Hal ini adalah selaras dengan hasrat KUIZM yang ingin menambah kepelbagaian dalam pengalaman pelajar dan memberi latihan praktikal terus di lapangan sebenar.

LAI adalah peluang yang amat baik untuk pelajar mengenali alam pekerjaaan di organisasi tempat latihan kerana di sana mereka mempelajari struktur dan operasi sesuatu organisasi.

Selain itu, pensyarah penyelia juga sentiasa memantau gerakerja dan tugasan yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar yang terlibat sepanjang tempoh LAI ini berlangsung untuk memastikan mereka dapat mencapai motif dan objektif perlaksanaan LAI ini.

Antara institusi tempat dilaksanakan LAI ini ialah Harakah Sdn. Berhad, Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB (KOBIMBING), Al-Farabi Consultant & Management, As-Syakirin Learning Group Sdn Bhd dan beberapa institusi lain lagi.

Tahniah kepada semua pelajar KUIZM yang telah menamatkan sesi LAI mereka semalam. Semoga latihan praktikal amali yang telah dilalui memberi impak maksimum dan persediaan selengkapnya untuk mereka masuk ke alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian nanti.

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02