Sabtu 27 Mei 2017

Usrah adalah salah satu sunnah nabawi yang penting dalam penyebaran dakwah Islam. Selain itu, usrah juga menjadi agenda utama dalam pembinaan jati diri pejuang Islam. Perkataan "USRAH" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud keluarga.

Usrah didefinisikan dari sudut istilah sebagai satu kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah s.w.t yang diikat dengan kesatuan keimanan dan kesatuan pemikiran dalam menghayati Islam secara syumul.

Oleh yang demikian, usrah bukan sahaja sebagai satu sesi kaunseling atau sebagai satu kelas pengajian ilmu agama, bahkan peranan usrah itu amat besar dalam membina serta serta melahirkan individu muslim yang haraki dan sejati. Dalam usrah wujud satu proses tarbiyyah Islamiyyah iaitu satu proses yang begitu sempurna dan syumul dalam perlaksanaannya.
Semua pelajar KUIZM diwajibkan untuk mengikuti program usrah minggunan pelajar KUIZM mengikut kumpulan masing-masing dan dipimpin oleh para nuqaba' dan naqibat bawah seliaan Jabatan Nuqaba' & Penyelarasan Usrah HEP KUIZM. Pada semester baru pengajian sesi Ogos - Disember 2016 ini, sebanyak 7 buah usrah untuk pelajar ikhwah dan 4 buah usrah untuk pelajar akhawat dan telah bermula pertemuan kali pertama pada Jumaat lalu.

Semoga agenda mencetak generasi pejuang Islam dan pewaris Nabi di KUIZM dapat berlangsung dengan baik untuk masa depan Islam yang gemilang.
"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02