Jumaat 24 Mac 2017

29 Ogos 2016 :  Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah menghantar seramai 14 graduan KUIZM untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Palembang dan Bogor, Indonesia.

Seramai 4 graduan KUIZM akan menyambung pengajian di Sekolah Tinggi Islam TAZKIA, Bogor, Indonesia. Mereka merupakan graduan KUIZM dan kumpulan pelajar Malaysia pertama yang melanjutkan pelajaran di TAZKIA yang merupakan salah satu universiti terkemuka di Indonesia.

Manakala 10 orang lagi graduan melanjutkan pembelajaran di Universitas Islam Negeri Raden Fatah, Palembang, Indonesia dalam pengkhususan Muamalat & Kewangan Islam serta Dakwah & Kewangan serta pecahan dari keduanya.

Rombongan graduan KUIZM ke Palembang diiringi oleh Al-Fadhil Dr Shahbudin Bin Ngah, Rektor KUIZM dan Ustaz Azhar Yahya, Ketua Jabatan Muamalat & Kewangan Islam. Manakala rombongan graduan KUIZM ke Bogor pula diiringi oleh Ust Mohd Farkhan B Md Zain, Penolong Rektor 1 (HEA). Alhamdulillah segala urusan pendaftaran para graduan KUIZM di kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda berjalan dengan lancar dan baik.

Semoga Allah s.w.t terus memberi kekuatan dan istiqamah kepada para generasi yang telah dilahirkan dari kampus KUIZM ini untuk menimba ilmu seluasnya sebagai persediaan untuk mereka terjun ke medan dakwah sebenar sebagai murabbi ummah.

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02