Jumaat 24 Mac 2017

Kuala Lumpur, 19 September 2016 (Isnin) - Enam orang pelajar Diploma Dakwah dan Komunikasi semester 5 bersama pensyarah Jabatan Dakwah dan Komunikasi telah mengadakan lawatan ke konti radio Hijau.fm di Pejabat Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
 
Lawatan bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang peralatan teknikal operasi radio dan praktikal mengendalikan slot radio.    
 
Rombongan lawatan disambut oleh Encik Rahiman selaku pegawai teknikal radio Hijau.fm. Seterusnya diadakan sesi taklimat oleh Encik Hasnizul selaku Ketua Operasi radio Hijau.fm. Kemudian pelajar diberi peluang menjalani latihan praktikal mengendalikan slot sebagai penyiar dan tetamu slot.
 
Pada penghujung lawatan, Ketua Pengarah Operasi Hijau.fm, Encik Shuhaimi Embung menyampaikan ucapan penghargaan serta menyatakan harapan tinggi beliau agar generasi yang bakal lahir daripada KUIZM ini dapat mengisikan ruang serta peluang dalam medium dakwah yang terbuka luas pada era globalisasi ini.
 
"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"
 
 
 
 
 
 
 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02