Rabu 26 Julai 2017


Taman Melewar, 25 Oktober 2016 - Seramai 46 orang pelajar Pusat Pengajian Islam & Tahfiz Quran (PPITQ), Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke KUIZM. Mereka diiringi oleh 9 orang guru pengiring diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zulkhair B Khairuzzaman, Guru HEM PPITQ.

Antara tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberi maklumat yang jelas berkaitan peluang menyambung pengajian di KUIZM selepas tamat pengajian tahfiz di PPITQ.


Delegasi rombongan tiba di KUIZM sekitar jam 10.00pagi dan terus dibawa ke Bilik Mesyuarat KUIZM untuk sesi Majlis Taklimat KUIZM & Ramah Mesra.

Upacara dimulakan dengan sesi bertaaruf dari pihak tuan rumah, KUIZM dan guru-guru pengiring dari PPITQ. Seterusnya, ketua delegasi rombongan menyampaikan sepatah dua kata menyatakan hasrat kehadiran mereka di samping menerangkan sejarah serta perkembangan PPITQ.

Slot diteruskan dengan pembentangan KUIZM dan sistem akademik yang dipraktikkan disini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Farkhan B Md Zain, penolong Rektor 1 (HEA).

Upacara sampai ke kemuncaknya dengan ucapan dan kalam taujihat disampaikan oleh Al-Fadhil Dr. Shahbudin B Ngah, Rektor KUIZM.

Sebahagian besar pelajar yang menyertai lawatan ini dilihat amat berminat untuk meneruskan pengajian di KUIZM setelah tamat pengajian mereka di PPITQ kelak.

Semoga kerjasama baik dalam ruang pendidikan ini dapat diteruskan antara KUIZM dan PPITQ dalam usaha bersama untuk melahirkan generasi murabbi pewaris nabi.

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

 

 

 

 

 

 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02