Isnin 18 Disember 2017

 

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) akan menganjurkan Kuliah Dhuha Perdana secara bulanan, yang akan disampaikan oleh dua pimpinan utama PAS, iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin dan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kuliah Dhuha Perdana tersebut akan bermula pada bulan Oktober 2017 ini, yang akan diadakan di kampus KUIZM, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Kuliah Dhuha Bulanan Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang akan mengupas tajuk Politik Islam (Siyasah al-Islamiyyah), akan diadakan pada hari Ahad, 22 Oktober 2017, bermula pukul 9.00 pagi. Meskipun Tuan Guru Haji Hashim kerap menyampaikan ilmu-ilmu Islam di Lembah Klang, Kuliah Dhuha Perdana ini adalah kuliah pertama yang akan disampaikan secara bersiri oleh beliau menyentuh tajuk Politik Islam.

Manakala Tuan Guru Haji Abdul Hadi pula, sebelum ini beliau telah menyampaikan kuliah bulanan secara tetap di Lembah Klang sejak awal 1980-an, di Masjid Mujahidin, Damansara, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, kuliah bulanan yang membawa tajuk Aqidah Islam itu telah lama terhenti disebabkan faktor-faktor tertentu. Dengan penganjuran Kuliah Dhuha Perdana ini, pencinta-pecinta ilmu di Lembah Klang berpeluang mengikuti kembali kuliah beliau.

Dalam Kuliah Dhuha Perdana anjuran KUIZM ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan membawa tajuk Dunia Islam Masa Kini (Hadir al-`Alam al-Islami), iaitu satu tajuk yang begitu sesuai dengan beliau yang juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS). Kuliah beliau akan bermula pada 15 Oktober 2017 yang akan dianjurkan di lapangan terbuka, iaitu Dataran KUIZM, bermula jam 9.00 pagi.

KUIZM menjemput seluruh umat Islam di Lembah Klang khususnya para pencinta ilmu untuk menghadiri Kuliah Dhuha Perdana ini secara percuma. Melalui penganjuran program ilmu seumpama ini, ia adalah merupakan sebahagian daripada usaha KUIZM dan secara langsung usaha Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) sendiri dalam memenuhi tanggungjawab tarbiah dan dakwah kepada ahli-ahli PAS dan masyarakat umum.

Dr Mohd Zuhdi Bin Marsuki
Rektor KUIZM

14 Muharram 1439
5 Oktober 2017

=============================================================================================================

Pihak KUIZM mengalukan sumbangan orang ramai dalam bentuk sedekah, infaq, waqaf dan lain-lain untuk kelangsungan pembangunan dan kegiatan KUIZM. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun AKADEMI PENDIDIKAN ZULKIFLI MUHAMMAD berikut:

Bank Islam: 14041010074783

Maybank Islamic: 564799122323

CIMB Islamic: 8600543280

 

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02