28 Ogos 2019, Kuala Lumpur : Spalembang 12 1eramai 7 orang pelajar alumni KUIZM telah berangkat ke Universitas Islam Negeri (UIN), Raden Fatah Palembang, Indonesia bagi menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Penyiaran Islam dan Bimbingan Penyuluhan Islam.

Kumpulan pelajar ini mewakili angkatan ke-12 alumni KUIZM ke UIN Raden Fatah. Jumlah pelajar KUIZM yang telah menyambung Ijazah Sarjana Muda ke UIN Raden Fatah Palembang sehingga kini sudah mencecah seramai 59 orang.



Turut mengiringi para pelajar ke sana ialah Penolong Rektor 1 (HEA) KUIZM, Ustaz Mohd Farkhan Md Zain bagi penyerahan pelajar-pelajar KUIZM kepada Dekan Fakulti Dakwah dan Komunikasi, Dr Kusnadi. Turut hadir bersama Dr Abdurrazak Timbalan Dekan 1.

Selain itu, perbincangan berkaitan MoU UIN-KUIZM turut diadakan bersama Timbalan Rektor I (Akademik) UIN Raden Fatah bagi memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak. KUIZM mendoakan semoga Allah memberi keberkatan dan kemudahan kepada generasi yang telah dilahirkan KUIZM untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu sebagai persediaan untuk mereka terjun ke medan dakwah sebenar sebagai murabbi ummah.

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

Jemput ke pautan dibawah untuk lihat lebih banyak gambar :
Galeri Penghantaran Kumpulan ke-12 Graduan KUIZM ke UIN Raden Fatah, Palembang, Indonesia.

log kuizm

Log Masuk

Emel

log kuizmorg

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02

Mukabuku

TV KUIZM