Sabtu 21 Oktober 2017

masriyyah1210Taman Melewar, 12 Oktober 2012 - Lawatan SMA Arab Al-Masriyah,Simpang Renggam ke KUIZM pada  hari Jumaat lepas mengikat tautan hati menjalinkan kerjasama di antara institusi Pendidikan Islam.

Rombongan seramai 50 orang terdiri daripada ikhwah dan akhawat tiba di perkarangan KUIZM pada jam 6.00 pagi.

Rombongan telah diketuai oleh Ustaz Azlisham Azahar bersama-sama lima guru pengiring tiba dengan sebuah bas telah disambut oleh Pegawai HEP KUIZM Ustaz Mohd Norhan Hamsi (Hal Ehwal Pelajar).

Agenda jaulah ke KUIZM diteruskan dengan tazkirah selepas solat Subuh oleh pensyarah KUIZM, Ust Borhan Nordin Zakaria.

Kemudian program diteruskan dengan majlis taklimat pada jam 9.00 pagi oleh ucapan pengenalan Rektor, Dr. Shahbudin Ngah dalam pertemuan bersama pihak pengurusan KUIZM.

Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara dikongsi bersama untuk kebaikan dalam memantapkan institusi pendidikan dalam PAS.

Dalam rangka lawatan ke KUIZM, pihak Al-Masriyah menyatakan bersedia untuk bekerjasama dalam menghantar pelajar ke KUIZM sebagai destinasi pendidikan lanjutan bagi lepasan maahad mereka.

Program jaulah anjuran pihak Al-Masriyah turut diselitkan dengan slot khas bersama Imam Muda Adan yang juga merupakan bekas pelajar Al-Masriyah telah diadakan di Surau Hj Hassan Shukri.

Majlis taklimat khas berakhir pada jam 10.00 pagi selepas sesi fotografi bersama.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02