Selasa 22 Ogos 2017

kuizm1Kota Bharu, 3 Disember 2012 - Pihak pentadbiran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah mengadakan lawatan khas ke Kolej Islam Antarabangsa Sutan Ismail Petra (KIAS) di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Lawatan tersebut adalah bagi membincang dan berkongsi maklumat hal-hal berkaitan pengurusan, akademik dan kerjasama pendidikan dengan universiti-universiti luar negara.

Lawatan ini juga bertujuan mengukuhkan ikatan institusi Pengajian Islam serta bertukar pandangan dalam pengurusan kolej.

Lawatan dihadiri empat orang dari kalangan KUIZM telah disusun untuk menemui pihak pentadbiran KIAS. Pihak KIAS diwakili Timbalan Ketua Eksekutif (HEA) Dr. Idris Awang dan Penolong Pegawai Promosi & Perhubungan Luar En. Mohd Jazimin bin Yusof hadir memberi taklimat serta penerangan berkaitan perjalanan KIAS sepanjang 15 tahun operasinya.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai persoalan dan maklumat dapat dikongsi untuk kelancaran operasi KUIZM akan datang.

Selain itu, pihak pengurusan juga sempat menziarahi Pusat Bahasa Arab yang juga berdekatan dengan KIAS untuk mendapatkan maklumat perjalanan kursus bahasa bahasa yang dijalankan di sana.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02