Sabtu 21 Oktober 2017

HIKMAHTaman Melewar, 20 Disember 2012 - Buat julung kalinya, Unit Penyelaras Akademik Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa (HIKMAH 12).

Program adalah bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang pada semester lepas.

Program turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah KUIZM, Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamed bagi merasmikan program yang bersejarah ini.

Program HIKMAH 12 yang berlangsung pada jam 9.00 malam dihadiri seluruh pelajar KUIZM dan para pensyarah bagi menjayakan majlis tersebut.

Program HIKMAH menganugerahkan tujuh sijil dan anugerah kepada pelajar-pelajar bagi menghargai mereka dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Antara anugerah yang disampaikan ialah Sijil Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam, Sijil Ahli Usrah Terbaik, Sijil Pelajar Cemerlang, Sijil Tunas Harapan, Anugerah Pencapaian Terbaik, Anugerah Pelajar Terbaik Jabatan dan Anugerah Pelajar Mithali.

Sebahagian sijil penghargaan disampaikan oleh Rektor, Dr Shahbudin Ngah manakala sijil anugerah utama disampaikan oleh Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamed sendiri.

Majlis diakhiri dengan alunan Qasidah dan alunan Asma' al-Husna bagi menutupi majlis.

Pengarah program Ust Mohd Juzaili Juhan mengharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi hargai sumbangan mereka.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02