Sabtu 21 Oktober 2017

h.k12KUIZM, 11 Disember 2012 - Semester pada sesi ini bakal melabuhkan tirai dengan para pelajar berdepan dengan peperiksaan akhir semester September 2012 - Januari 2013.

Satu program khas dianjur Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM mengadakan Hari Keluarga untuk seluruh warga KUIZM bagi mengeratkan ukhwah kakitangan serta pelajar.

Program Hari Keluarga ini merupakan program kali kedua selepas dianjurkan tahun lepas.

Program bermula jam 8.00 pagi dirasmikan oleh Dr. Shahbudin Ngah bertempat di dataran KUIZM.

Hari Keluarga pada kali ini lebih menekankan aktiviti sukan rakyat bagi membentuk semangat setiakawan dalam kalangan warga KUIZM. Antara acara yang dipertandingkan adalah sepak raga bulat, boling padang dan sebagainya.

Semoga program-program seperti ini dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02