Sabtu 24 Jun 2017

BengkelTaman Melewar, 26 Disember 2012 - Perancangan strategik merupakan tahap perancangan tertinggi yang melihat halatuju organisasi pada jangka masa panjang sekurang-kurangnya 3 sehingga 5 tahun ke hadapan. 

Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran KUIZM telah merencana satu bengkel khas selama tiga hari bagi membincang dan menyusun gerak kerja bagi menyusun dan merancang untuk kelangsungan operasi KUIZM akan datang.

 Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 Disember 2012 sehingga 28 Disember 2012 diisi dengan pelbagai slot dan pengisian yang berguna telah dirasmikan sendiri oleh Rektor, Dr Shahbudin Ngah.

Slot pertama berkaitan Perancangan Strategik telah disampaikan oleh Prof. Madya Hj Zainal Abidin Kidam yang juga merupakan Timb Naib Canselor (HEP) UNISEL. Beliau menekankan aspek pengurusan yang progresif dan terancang bagi mencapai matlamat dan visi sesebuah kolej.

Bengkel diteruskan dengan slot kedua pada hari berikutnya iaitu slot hala tuju yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Supyan Hussin yang juga merupakan pensyarah UKM. Dalam slot tersebut, penentuan visi, misi dan matlamat kolej perlu dijelaskan bagi menerangkan kepada seluruh warga KUIZM supaya dapat menghayati apa yang ingin dibawa oleh pihak pengurusan KUIZM.

Seluruh kakitangan KUIZM terlibat dalam kumpulan masing-masing bagi memperincikan perbincangan secara mendalam.

Pada hari terakhir, slot berkaitan pengurusan kewangan telah disampaikan oleh Bendahari KUIZM sendiri iaitu Ust Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman.  Penentuan bajet tahunan setiap unit dan jabatan perlu disusun dan dirangka bagi memudahkan pengaliran kewangan dapat dikawal dan disusun secara berkesan.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02