Sabtu 24 Jun 2017


KPAPI2013-PKUIZM, 19 Januari 2013 - Kelas Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI) telah bermula untuk sesi Januari 2013.

Seramai 17 orang telah berjaya mendaftarkan diri menyertai kelas hujung minggu ini bagi menimba ilmu.

Kursus ini telah melaksanakan pengambilan pelajar sejak Mei 2012 lagi.

Antara objektif kelas ini dijalankan adalah untuk menggalakkan masyarakat awam mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam disamping menjadikan kampus KUIZM sebagai tempat pengajian berterusan.

Program pendaftaran dan taklimat KPAPI telah dirasmikan Rektor KUIZM sendiri, Dr Shahbudin Ngah. Turut hadir Ketua Penyelaras KPAPI, Ustazah Fitri Nurul Ain Nordin dan para pensyarah yang lain. Dalam taklimat tersebut, para peserta dibentangkan mengenai perjalanan kelas sepanjang semester yang akan berakhir pada Mei 2013 nanti.

Kelas KPAPI akan dijalankan setiap hari Sabtu selama 3 jam sepanjang 4 bulan.

Kursus ini berorientasikan pengajian dan penilaian dalam peperiksaan sebelum dianugerahkan sijil.

Dalam masa yang sama, tawaran kepada orang ramai masih dibuka sehingga tarikh yang akan diberitahu.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02