Kelab_ITKuala Lumpur, 19 Disember 2012 - Kunjungan Kelab IT dari kalangan pelajar-pelajar KUIZM ke pejabat Jabatan IT PAS Pusat baru-baru ini amat-amat dialukan-alukan Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, En Shuhaimi bin Embong.

Kunjungan tersebut merupakan lawatan sambil belajar bagi memahami gerak kerja Jabatan IT menjalankan tugas-tugas mereka.

Rombongan pelajar seramai 20 orang bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar Ust Mohd Norhan Hamsi diberi penerangan ringkas mengenai perjalanan, sistem pengurusan dan teknologi yang diguna pakai dalam mentadbir urus organisasi.