Sabtu 21 Oktober 2017

BengkelTaman Melewar, 5 Februari 2013 - Dalam memacu kecemerlangan akademik pelajar, Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) telah menyusun satu Bengkel Pemantapan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) sebagai satu keperluan kepada para pensyarah supaya dapat memberikan hasil yang terbaik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Program yang berlangsung selama tiga hari tersebut lebih memberi fokus kepada penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pengajaran supaya objektif pengajaran dapat dilakukan secara efektif.

Antara objektif program ini adalah membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, menambah pengalaman dan kemahiran kepada para pensyarah, memantau dan memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di KUIZM selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan mewujudkan satu budaya ilmu dan kemahiran yang bersepadu serta memantapkan Jabatan Hal Ehwal Akademik seiring dengan institusi pengajian tinggi lain.

Program berakhir dengan kesepakatan membentuk lima resolusi bersama iaitu mengaktifkan penggunaan emel staf KUIZM memanfaatkan e-learning secara efektif, cadangan untuk mengadakan    pertandingan blog P&P dalam    kalangan pensyarah, kemestian membuka (login) iSIS dan emel staf untuk mendapatkan makluman terkini setiap hari bekerja, keharusan mengisi  maklumat kehadiran dan pemarkahan pelajar dalam sistem iSIS,  dan terakhir setiap pensyarah diharap dapat berkongsi maklumat dalam aplikasi e-learning sesama pensyarah.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02