Ahad 19 November 2017

PNMTaman Melewar, 27 Februari 2013 - Baru-baru ini pihak KUIZM telah menerima kunjungan daripada Perpustakaan Negara Malaysia(PNM). Rombongan ini merupakan kunjungan susulan selepas pihak KUIZM meminta pihak PNM memberi khidmat nasihat dalam merangka sebuah perpustakaan baru di sini. Rombongan yang diketuai Ketua Bahagian Khidmat Nasihat dan Rundingan PNM, iaitu En. Wan Husin Wan Ismail dan Pembantu Pegawai En. Khairul Anuar telah disambut Rektor, Dr Shahbudin Ngah dan Pembantu Pustakawan, Sdr. Mohd Hanif Mislan.

Kunjungan PNM ke KUIZM bertujuan memberi khidmat nasihat sekaligus membantu dalam aspek pelaksanaan sebuah perpustakaan yang baik dan berjalan lamcar. Maktabah Yusof Rawa, KUIZM berusaha menjadikan sebuah perpustakaan mampu memberi sumber maklumat dan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat setempat.

Pada akhir pertemuan, pihak PNM mencadangkan empat langkah yang perlu ditangani segera kepada pengurusan Maktabah Yusof rawa sebagai langkah permulaan dalam pembentukan sistem. Rundingan dan khidmat nasihat akan sentiasa dikemaskini bagi menjadikan pengurusan kepustakaan yang berada di Malaysia ini berjalan dengan baik.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02