Ahad 19 November 2017

kidu_wacanaKuala Nerang, 16 Februari 2013 - Dalam lawatan kerja ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) bagi membincangkan kerjasama pendidikan untuk menghantar pelajar menyambung pengajian ke luar negara, wakil pensyarah KUIZM turut menghadiri Siri Wacana Akademik Kali Pertama bagi membincangkan isu di Syiah dan krisis Syria yang semakin meruncing sekarang. Wacana yang dihadiri Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi yang juga mantan Pengarah KIDU yang lepas menitik beratkan bahaya penularan ajaran Syiah yang semakin tersebar dalam masyarakat Malaysia.

 

 

 

"Mereka (Syiah) berbeza dengan kita bukan sahaja pada peringkat furu' (cabang) malah berbeza dari aspek usul iaitu melibatkan perkara aqidah" tegas beliau dalam ucapan mukadimah. Beliau yang juga Dekan Fakulti Syariah Kolej Universiti Insaniah mengharapkan masyarakat awam terlebih dahulu faham dan menuntut ilmu pengetahuan yang jelas mengenai ajaran akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

Seusai program, Ketua Eksekutif KIDU Ust Zawawi Hj Ahmad menjemput rombongan dari KUIZM terdiri daripada Dr Shahbudin Ngah, Ust Mohd Juzaili Juhan, Ust Mohd Norhan Hamsi, Ust Mohd Najih Irsyad Ahmad Puhad duduk bersama berbincang dan bertukar pandangan mengenai para pelajar yang akan dihantar ke luar negara kelak bagi menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Turut hadir,Dr Abd Aziz Hanafi bagi memberi cadangan dan berkongsi pengalaman dalam menjadikan institusi pendidikan Islam lebih terkehadapan dan mengorak langkah.

kidu_wacana2

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02