Ahad 19 November 2017

MPMK 20132014Taman Melewar, 15 November 2013 - Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) sekali lagi mengorak langkah dalam usaha memartabatkan mahasiswa Islam dalam arena dakwah dan kepimpinan di kampus. Pemilihan yang diadakan pada 1 November lalu semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-3 telah diputuskan melalui pilihanraya kampus anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP). Pemilihan kali ini menyaksikan Ahmad Syifa Abd Rahim pelajar semester 4 (Dakwah & Komunikasi) dipilih sebagai presiden yang baru.

Sehubungan dengan itu, pihak JHEP telah manganjurkan satu kursus khas iaitu Kursus Kepimpinan Islam sebagai pendedahan awal kepada kepimpinan MPMK yang baru dalam pengurusan berorganisasi dan kepimpinan yang berkesan. Program tersebut berlangsung telah berlangsung selama 3 hari di Maahad Darul Hadis, Gombak. Turut hadir bersama mereka Pegawai dari JHEP iaitu Ustaz Mohd Yazid Ahmad bagi memantau sepanjang program yang dijalankan.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02