Selasa 22 Ogos 2017

1480615_613196532072464_1231995562_nShah Alam, 22 November 2013 - Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 baru-baru ini, KUIZM sekali lagi menyertai galeri pameran bersama-sama Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) sepanjang muktamar berlangsung. Galeri pameran yang terletak di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam turut disertai galeri-galeri pameran dari pelbagai pihak bagi mempromosikan dan memperkenalkan produk atau institusi masing-masing. Pihak KUIZM menerima kunjungan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat bagi bertukar pandangan disamping menerima pendaftaran pengajian dari mereka.

Penyertaan dalam pameran kali ini menyasarkan pendaftaran pelajar baru bagi kemasukan pelajar diploma pada Februari akan datang. Aktiviti promosi ini disertai para staf yang bertugas disamping para pelajar yang membantu. Turut sama dalam galeri pameran ini adalah bahan-bahan pameran dari DUPP bagi memeriahkan lagi serta menarik pengunjung yang hadir.

TV KUIZM

 

E-Mail

log kuizmorg

Log Masuk

Facebook

Logo

log kuizm

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02