Kubang Lembek, 28 Mac 2016  - Staf Pentadbiran KUIZM diketuai Al-fadhil Ustaz Mohd Farkhan bin Md Zain, Penolong Rektor 1 (HEA) berkesempatan menziarahi pusara pengasas KUIZM, al-Marhum Tuan Guru Dato' Hj. Harun bin Taib terletak di Kubang Lembek, Manir, Terengganu.

Al-Marhum Tuan Guru menjadi tunggak utama kepada penubuhan serta pengasasan KUIZM yang kini telah mencapai usia 6 tahun berada di persada pendidikan negara.

Semoga ruh Al-Marhum tenang di sana menerima ganjaran pahala berterusan atas amal jariah dan jasa besar beliau. Amin.