Ijtimak Tholabah KUIZM dwi mingguan yang diadakan pada hari Jumaat menghimpunkan semua pelajar KUIZM untuk mendengar butir-butir mutiara nasihat serta peringatan daripada jawatankuasa tertinggi KUIZM dan para pensyarah KUIZM yang lain.

Selain itu, pengumuman penting untuk acara terdekat juga turut di sampaikan dalam Ijtimak Tholabah ini. Ijtimak dwimingguan ini kendalikan oleh pengerusi majlis menggunakan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris.

Dalam Ijtimak Tholabah KUIZM minggu pertama selepas semester baru pengajian bermula, turut diadakan sesi taklimat sistem akademik KUIZM di sampaikan oleh Al-Fadhil Ust Mohd Farkhan B Md Zain, Penolong Rektor 1 (HEA).

"Generasi Murabbi Pemacu Ummaah"