Peserta Majlis Hafazan al-Quran peringkat Daerah Gombak dari KUIZM, Nurul Najwa Binti Yatim Mustaffa berjaya merangkul Naib Johan untuk acara tahap 1 (Juzul 1-10). 

Pertandingan tersebut telah berlangsung di Masjid Al-Faizin, Kepong pada 14 & 15 Oktober 2016 lalu. Selain itu, KUIZM turut menghantar beberapa peserta lain menyertai pertandingan hafazan Quran dan Tilawah Quran.


Tahniah kepada semua peserta dan pemenang. Bakat harus terus digilap, diperhalus dan diperkemas untuk membentuk generasi murabbi pewaris nabi.

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"