Oleh: Swisuda bogor 2019iti Nur Fatin Atirah Rosli
 
BOGOR, 27 Nov. - Kolej Universiti Islam Zulkifli  Muhammad (KUIZM) yang diwakili oleh Ustaz Muhammad Farkhan Md Zain (Pen. Rektor I Hal Ehwal Akademik)  dan Ustaz Muhammad Hafiz Naim Raduan (Ketua Jabatan Muamalat) telah menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Agama Islam TAZKIA yang diadakan Rabu lalu.
 
Kehadiran ke majlis tersebut adalah untuk meraikan alumni KUIZM yang telah berjaya tamat pengajian di Institut Agama Islam TAZKIA dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Syariah. Tiga orang alumni KUIZM tersebut merupakan graduan sulung lepasan KUIZM dalam jurusan Diploma Muamalat dan Kewangan Islam. 

 Hananul Mardiah binti Zakariah, 25, Tuan Ahmad bin Tuan Setia, 25, dan Muaz bin Abdul Rahman, 25, kini menjadi kebanggaan semua pihak, apabila mendapat keputusan yang cemerlang di Institut Agama Islam TAZKIA. 

 
“Saya berazam untuk mengaplikasikan ilmu yang telah saya dipelajari di Malaysia. Ilmu pengurusan perniagaan berlandaskan syariah ini sangat penting terutama bagi usahawan muslim dalam menghadapi cabaran masa kini." ujar Tuan Ahmad.
 
“Kepada adik-adik yang bakal menyambung pelajaran ke Institut Agama Islam TAZKIA, persiapkan diri untuk terus melebarkan sayap menuntut ilmu. Bagi adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke menara gading, KUIZM adalah batu loncatan untuk belajar di negara luar. Terima kasih kepada KUIZM kerana memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menamatkan pelajaran di TAZKIA. Jom Masuk KUIZM!” ujar beliau lagi dengan penuh bersemangat. 
 
Sepanjang berada di Majlis Konvokesyen tersebut, wakil KUIZM, Ustaz  Farkhan dan Ustaz Hafiz bersama-sama alumni KUIZM diberi penghormatan untuk bergambar khusus bersama dengan senat-senat Institut Agama Islam TAZKIA. 
 
Semoga keluarga besar KUIZM dan Institut Agama Islam TAZKIA ini dapat terus bekerjasama dalam melahirkan generasi ilmuan bersifat profesional didasari prinsip syariah yang bertaraf antarabangsa.
 
wisuda bogor 2 2019
 

log kuizm

Log Masuk

Emel

log kuizmorg

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02

Mukabuku

TV KUIZM