Latihan Amali Industri (LAI) Pelajar KUIZM
Pelajar KUIZM sem 4, 5 & 6 sesi lalu diwajibkan untuk menjalani Latihan Amali Industri (LAI) selama 2 bulan atau 8 minggu di beberapa buah institusi kewangan, institusi dakwah, institusi pendidikan dan seumpama dengannya.
Hal ini adalah selaras dengan hasrat KUIZM yang ingin menambah kepelbagaian dalam pengalaman pelajar dan memberi latihan praktikal terus di lapangan sebenar.
LAI adalah peluang yang amat baik untuk pelajar mengenali alam pekerjaaan di organisasi tempat latihan kerana di sana mereka mempelajari struktur dan operasi sesuatu organisasi.
Selain itu, pensyarah penyelia juga sentiasa memantau gerakerja dan tugasan yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar yang terlibat sepanjang tempoh LAI ini berlangsung untuk memastikan mereka dapat mencapai motif dan objektif perlaksanaan LAI ini.
Ziarah Pusara Pengasas KUIZM
Kubang Lembek, 28 Mac 2016 - Staf Pentadbiran KUIZM diketuai Al-fadhil Ustaz Mohd Farkhan bin Md Zain, Penolong Rektor 1 (HEA) berkesempatan menziarahi pusara pengasas KUIZM, al-Marhum Tuan Guru Dato' Hj. Harun bin Taib terletak di Kubang Lembek, Manir, Terengganu.
Al-Marhum Tuan Guru menjadi tunggak utama kepada penubuhan serta pengasasan KUIZM yang kini telah mencapai usia 6 tahun berada di persada pendidikan negara.
Semoga ruh Al-Marhum tenang di sana menerima ganjaran pahala berterusan atas amal jariah dan jasa besar beliau. Amin.
Kunjungan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Ke KUIZM
Taman Melewar, 19 Julai 2016 - KUIZM menerima lawatan kerja rombongan delegasi dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) diketuai oleh Al-Fadhil Prof. Madya Suhaimi b Saidin, Dekan Fakulti Pengurusan & Teknologi Maklumat, USAS.
Berlangsung ramah mesra dan perbincangan antara pihak pengurusan KUIZM dan USAS berkisar hubungan dan kerjasama dua hala yang boleh dilaksanakan antara kedua belah pihak terutama dari sudut perkembangan akademik.
Majlis Iftar & Penghargaan Staf Kuizm
26 Jun 2016, Ahad, Kuala Lumpur : KUIZM telah menganjurkan majlis berbuka puasa khas untuk para staf & pensyarah bersama keluarga masing-masing pada minggu ketiga bulan Ramadan yang lalu di Alamo Restaurant & Catering, Jalan Sultan Sulaiman, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut juga diadakan untuk menghargai 3orang pensyarah iaitu Ustazah Rahimah Nora Akmal Bt Mohamad, Ustazah Mahirah Bt Abd Rashid dan Ustazah Khairi Syutina Bt Mahmood serta seorang pustakawan KUIZM iaitu En. Hanif yang telah menamatkan perkhidmatan di KUIZM.
Mukabuku
TV KUIZM