KUIZM Sertai Program Ilmu Knowledge Series Bank Islam
Kuala Lumpur, 17April 2016 : Seramai 32 orang mahasiswa termasuk pensyarah Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah mengikuti program Ilmu Knowledge Series kali ke 3 pada khamis lalu 14 April 2016, yang telah dianjurkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bertempat di Menara Bank Islam Kuala Lumpur.
Program ini adalah inisiatif dari Bank Islam yang menghimpunkan seramai 100 orang mahasiswa dari pelbagai IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia.
Kunjungan Pustakawan UIA ke Perpustakaan KUIZM
Taman Melewar, 13 April 2016: Buat julung kalinya, Maktabah Yusof Rawa telah menerima kunjungan daripada pustakawan Universiti Islam Antarabangsa UIA, Gombak. Kunjungan oleh empat orang pustakawan tersebut telah di ketuai oleh Pn Siti Hawa Darus berserta pustakawan yang lain. Lawatan tersebut dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan institusi perpustakaan IPT masing-masing.
Dalam pertemuan tersebut, Maktabah Yusof Rawa telah diwakili oleh En. Hanif selaku kakitangan perpustakaan berserta dua lagi pegawai KUIZM iaitu Ustaz Azhar Bin Yahya dan Ustazah Salbiah Abd Wahab. Pertemuan selama hampir tiga jam itu menyentuh pelbagai aspek.
Seminggu Program Intership Dakwah PDS di KUIZM
Taman Melewar, 11 April 2016: Seramai 32 orang pelajar semester akhir PDS telah mengikuti pembelajaran di KUIZM selama seminggu bermula 2 April 2016 sehingga 8 April 2016. Kesemua pelajar ini merupakan kaum etnik Sabah, Sarawak dan Kemboja yang dilatih untuk menjadi pendakwah apabila pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sepanjang program ini, mereka telah didedahkan dengan ilmu dakwah kontemporari seperti Komunikasi Dakwah, Psikologi Dakwah dan Pengurusan Kaunseling Dakwah yang sememangnya merupakan subjek penting yang diajar di KUIZM.
Pendaftaran Semester Baru KPAPI KUIZM Sesi April 2016
Taman Melewar, 2 April 2016 : Seramai sekitar 21 orang pelajar Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI) semester baru sesi April 2016 selamat tiba dan mendaftar pada sebelah pagi tadi.
Setelah selesai sesi pendaftaran, semua pelajar berhimpun di Bilik Kuliah KUIZM untuk Majlis Perasmian & Sesi Taklimat.
Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pemangku Ketua Pusat Pengajian Umum KUIZM iaitu Al-Fadhilah Ustazah Salbiah Bt Abd Wahab.
Mukabuku
TV KUIZM