moa uin raden fatah 1 2019

GOMBAK, 20 April 2019 - Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KUIZM dan UIN Raden Fatah, Palembang, Indonesia telah diadakan pada Sabtu lepas di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, KUIZM.

 

Seramai 4 orang tetamu dari UIN Raden Fatah yang diketuai oleh Dr. Kusnadi, Dekan Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah menghadiri majlis yang penuh bersejarah tersebut. Turut hadir adalah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIZM, Ustaz Dato’ Dr. Haji Mahfodz bin Mohamed, Rektor KUIZM Dr. Mohd Zuhdi Marsuki, pengurusan KUIZM,  pengetua-pengetua dari beberapa sekolah agama dan tahfiz, serta para pensyarah, kakitangan, alumni dan mahasiswa-mahasiswi  KUIZM.

 
Di dalam ucapan pembukaan oleh Rektor KUIZM, di samping mengalu-alukan kedatangan pihak UIN Raden Fatah, Palembang turut menekankan bahawa kerjasama strategik (strategic collaboration) ini dapat dikembangkan lagi bagi menerokai keperluan terkini dunia pendidikan khususnya bagi pasca-siswazah dalam bidang penyelidikan ‘futuristic study’ dalam bidang eskatologi iaitu penyelidikan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku akhir zaman.

Berucap bagi pihak Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Raden Fatah, Palembang, Dr Kusnadi melahirkan rasa gembira dapat hadir ke KUIZM serta menyatakan menjadi tanggungjawab beliau untuk meneruskan memorandum persefahaman (MoU) yang telah dimeterai pada tahun 2014 yang lalu bagi memastikan kesinambungan kerjasama antara KUIZM dan UIN Raden Fatah dan menjadi medium bagi pelajar-pelajar KUIZM melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) tersebut telah disempurnakan oleh Rektor KUIZM Dr. Mohd Zuhdi Marsuki dan Pendaftar KUIZM, Ustaz Abdul Rauf Abdul Movin manakala di pihak UIN Raden Fatah pula diwakili oleh Dr. Kusnadi, Dekan Fakultas Dakwah dan Komunikasi dan Dr. Abdur Razzaq Timbalan Dekan 1, Fakultas Dakwah Dan Komunikasi UIN Raden Fatah Palembang.

Dengan termeterainya memorandum perjanjian ini diharap dapat membina hubungan yang lebih utuh dan berterusan dalam usaha membina sebuah generasi dan modal insan yang berkualiti dan menjadi aset agama dan negara.

 

moa uin raden fatah 0 2019

 

moa uin raden fatah 1 2019

 

moa uin raden fatah 3 2019

 

moa uin raden fatah 5 2019

 

moa uin raden fatah 4 2019

moa uin raden fatah 2 2019

 

 

moa uin raden fatah 6 2019

 

moa uin raden fatah 10 2019

 

moa uin raden fatah 11 2019

 

moa uin raden fatah 12 2019

 

moa uin raden fatah 13 2019

 

 

 

 

 

 

 

Mukabuku

TV KUIZM