Khamis, 14 November 2019 | 4.00 petang
GOMBAK: Darul Muqamah Litahfizil Quran telah mengadakan kunjungan ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) pada Selasa lepas.
Rombongan Darul Muqamah diketuai oleh Ustaz Syahzam Ezran Hj. Manja bersama seorang warden dan 10 orang pelajar tiba di kawasan kolej pada jam 9.30 pagi.
Turut sama hadir bagi menyambut pihak Darul Muqamah ialah Dr. Mohd Zuhdi Marsuki bersama dua orang kakitangan dan tiga orang pensyarah.
Pertemuan diadakan untuk membincangkan kerjasama antara dua institusi ini terutama dari sudut mengukuhkan sistem pendidikan Islam.
Sesi taklimat pengenalan dan soal jawab juga diadakan antara kedua-dua pihak terutama berkaitan penyaluran pelajar melalui laluan khas ke KUIZM.
Kunjungan ukhuwah tersebut diakhiri dengan jamuan ringkas dan sesi bergambar.