Taman Melewar, 14 Februari 2013 - Pendaftaran mahasiswa baru program Diploma baru-baru ini menerima 13 pendaftaran baru untuk kemasukan sesi Februari 2013. Pendaftaran secara walk-in turut dijalankan sempena hari pendaftaran. Program perasmian turut dihadiri Rektor, Pendaftar serta Ketua Jabatan HEP bersama ibu bapa pelajar bagi menjayakan majlis perasmian dan sesi dialog.
Pelbagai pengisian mahasiswa baru telah disusun dalam Program Sambutan Mahasiswa Baru (PSMB) bagi memberi taklimat dan penerangan untuk slot-slot yang ditetapkan untuk pendedahan awal kepada mahasiswa baru
Sebelum ditempatkan dalam dua program diploma yang ditawarkan mahasiswa baru turut menduduki ujian kelayakan bahasa bagi penentuan kelas pra-diploma dan semester satu.