KUIZM TERIMA KUNJUNGAN DARUL MUQAMAH
Khamis, 14 November 2019 | 4.00 petang
GOMBAK: Darul Muqamah Litahfizil Quran telah mengadakan kunjungan ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) pada Selasa lepas.
Rombongan Darul Muqamah diketuai oleh Ustaz Syahzam Ezran Hj. Manja bersama seorang warden dan 10 orang pelajar tiba di kawasan kolej pada jam 9.30 pagi.
Tidak Harus Beri Hutang Kepada Orang Fakir & Miskin
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, menyatakan tidak harus memberi hutang kepada golongan fakir dan miskin kerana ia boleh membawa kepada permusuhan sesama manusia. Sebaliknya, terhadap golongan ini, yang diperintahkan ialah memberi bantuan dan pertolongan supaya mereka boleh keluar dari kemiskinan.
Di dalam ucap utama yang disampaikan dalam Perasmian Seminar Ekonomi Ummah anjuran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Dr Nik Muhammad Zawawi menegaskan golongan fakir dan miskin tidak berupaya untuk membayar hutang, justeru jika mereka terbeban dengan hutang menyebabkan mereka terdorong memusuhi golongan kaya.
KUIZM BAKAL ANJUR SEMINAR BERTARAF ANTARABANGSA
GOMBAK, 11 SEPTEMBER : Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar bakal mengajurkan Seminar Ekonomi Ummah (UMEC) pada 19 Oktober 2019 bertempat di Dewan Dato’ Hj Fadhil Mohd Noor, KUIZM.
Ketua Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam, Ustaz Muhammad Hafiz Naim Raduan berkata, “Seminar ini adalah merupakan salah satu platform untuk KUIZM berkongsi maklumat tentang konsep ekonomi Islam dan aplikasi dalam masyarakat.”
“Seminar Ekonomi Ummah (UMEC) ini merupakan sebahagian daripada usaha memberikan kefahaman tentang membumikan syariah di Malaysia dalam aspek ekonomi. Dijangkakan antara 500 hingga 600 peserta bakal menyertai seminar ini yang penyertaannya terbuka kepada semua peringkat dengan yuran yang sangat berpatutan”
PENDAFTARAN KURSUS PERSIJILAN ASAS PENGAJIAN ISLAM (KPAPI) SESI OKTOBER 2019 KINI DIBUKA!!
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (KUIZM) membuka peluang kepada anda semua untuk mengikuti pengajian ilmu-ilmu asas Islam dan Bahasa Arab di hujung minggu bagi sesi pengambilan OKTOBER 2019.
.
Kursus KPAPI ini akan berlangsung seperti berikut:
▪Hari : Setiap Sabtu
▪Waktu : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
▪Tempat : Bilik Kuliah KUIZM, Taman Melewar, Gombak
▪Tarikh Kemasukan : 26 Oktober 2019
▪Tempoh Pengajian : 1 tahun
Mukabuku
TV KUIZM