PERGINYA SEORANG MURABITUN YANG GIGIH
Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Bin Wan Othman, adalah merupakan Bendahari Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), sebuah institusi yang melaksanakan program pendidikan tinggi di bawah PAS. Lebih daripada itu, beliau adalah antara tiga figura utama yang berusaha untuk merealisasikan penubuhan KUIZM lebih satu dekad yang lalu.
Semenjak beliau kembali daripada Universiti al-Azhar Mesir, beliau telah menginfaqkan dirinya sepenuh masa untuk PAS dan lebih khusus lagi Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP). Salah satu fokus beliau yang terpenting di bawah tanggungjawab DUPP ialah untuk membangunkan KUIZM secara spiritual dan fizikalnya.
AL-FATIHAH : UST WAN AHMAD RASYIDI KEMBALI KE RAHMATULLAH
Dukacita dimaklumkan Ustaz Wan Ahmad Rasyidi bin Wan Othman (Ahli Lembaga Pengarah KUIZM) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.18 a.m, 8 Syawal 1440H (12/06/2019) di Hospital Dr. Hamid Sulaiman Al-Ahmadi Madinah Al-Munawwarah dan dikebumikan di Perkuburan Baqiβ.
(Waktu Malaysia 4.18pm)
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solehin.
Majlis Ifthar Perdana Sumbangan Dana KUIZM

KUIZM Tandatangani Perjanjian Dengan UIN Raden Fatah, Palembang
GOMBAK, 20 April 2019 - Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KUIZM dan UIN Raden Fatah, Palembang, Indonesia telah diadakan pada Sabtu lepas di Dewan Datoβ Haji Fadzil Mohd Noor, KUIZM.
Seramai 4 orang tetamu dari UIN Raden Fatah yang diketuai oleh Dr. Kusnadi, Dekan Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah menghadiri majlis yang penuh bersejarah tersebut. Turut hadir adalah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIZM, Ustaz Datoβ Dr. Haji Mahfodz bin Mohamed, Rektor KUIZM Dr. Mohd Zuhdi Marsuki, pengurusan KUIZM, pengetua-pengetua dari beberapa sekolah agama dan tahfiz, serta para pensyarah, kakitangan, alumni dan mahasiswa-mahasiswi KUIZM.
Mukabuku
TV KUIZM