Pengambilan Pelajar Baru Sesi Ogos 2016/2017 Dibuka Sekarang
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, sukacita di maklumkan proses pengambilan pelajar baru peringkat Diploma KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (KUIZM) untuk sesi Ogos 2016/2017 telah dibuka. Program yang ditawarkan untuk pendaftaran sesi Ogos ini seperti berikut:-
Diploma Dakwah & Komunikasi (DDK)
Diploma Muamalat & Kewangan Islam (DMKI)
Cungkil Bakat Terpendam Melalui KAMIL
KUALA LUMPUR: Karnival Amal Islami IPT PAS (KAMIL) 2016 merupakan platform mencungkil bakat dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang bernaung di bawah PAS. Selain mencungkil bakat terpendam melalui KAMIL, ukhuwah antara IPT juga dapat dirapatkan malah sasaran yang lebih besar adalah menjemput lebih banyak IPT supaya turut serta dalam semua pertandingan yang dianjurkan.
Menurut Pengarah Program KAMIL Ustaz Mohd Norhan Hamsi, objektif KAMIL 2016 adalah memperkembangkan potensi para pelajar dalam bidang ko-kurikulum selain daripada menguasai bidang akademik di institusi masing-masing. Pada 6 dan 7 Mei lalu telah berlangsung Karnival Amal Islami IPT PAS 2016 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Antara yang menyertai karnival selama 2 hari tersebut adalah Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Pusat Dakwah Serantau (PDS).
KAMIL 2016 PLATFORM LAHIR BAKAT WARGA IPT PAS
KARNIVAL Amal Islami IPT PAS 2016 (KAMIL) telah diadakan dengan jayanya baru-baru ini. Karnival ini menghimpunkan semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang bernaung di bawah PAS secara langsung. Samada ianya dimiliki di peringkat dewan, pusat mahupun negeri, IPT ini adalah asas kepada sistem pendidikan tinggi yang PAS rintis sejak sekian lama bagi menawarkan alternatif. Karnival KAMIL menjadi platform kepada seluruh warga IPT PAS untuk berkreativiti, berprogram dan bersama menjayakan program. Mengulas lanjut KAMIL 2016, Wartawan Harakah, SUFI NAZ menemui Rektor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Dr Shahabudin m en ah pada 12 Mei lalu. Ikuti wawancara ringkas bersama Dr Shahabudin Ngah.
HARAKAH: Selaku Ahli Majlis Pendidikan PAS (MPP), apa pendapat anda mengenai Karnival Amal Islami IPT PAS 2016 (KAMIL) yang berlangsung baru-baru ini?
DR SHAHABUDIN NGAH: KAMIL ini diwujudkan atas dasar permuafakatan antara institusi-institusi pendidikan pengajian tinggi PAS.
KUIZM Jalin Hubungan Dengan TAZKIA
Taman Melewar, 13 April 2016: Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) bersama Sekolah Tinggi Ekonomi Islam, Tazkia, Indonesia telah membuka peluang luas kepada pelajar Kuizm berkelulusan sarjana muda untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat master dan Phd di universiti-universiti tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kuizm, Nazri Chik berkata, ijazah yang diperoleh dari Tazkia itu telah diiktiraf oleh beberapa universiti tempatan di Malaysia termasuk Universiti Islam Malaysia (UIA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan sebagainya. Beliau juga menjelaskan, Kuizm sedang serius ke arah melakukan perubahan terhadap penambahbaikan kolej universiti tersebut dan selepas ini akan ada lebih banyak lagi program sarjana dan diploma yang akan ditawarkan di institusi terbabit.
Mukabuku
TV KUIZM