Ijtimak Tholabah KUIZM
Taman Melewar, 1 April 2016 : Ijtimak Tholabah KUIZM dwi mingguan yang diadakan pada hari Jumaat menghimpunkan semua pelajar KUIZM untuk mendengar butir-butir mutiara nasihat serta peringatan daripada Al-Fadhil Rektor KUIZM dan para pensyarah KUIZM yang lain.
Selain itu, pengumuman penting untuk acara atau terdekat terdekat juga turut di sampaikan dalam Ijtimak Tholabah ini.
Taklimat Skim PAS Lajnah Kebajikan PAS Pusat (LKPP) di Kuizm
Taman Melewar, 1 April 2016 : Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah mengadakan sesi penerangan & taklimat berkenaan Skim PAS kepada semua pelajar KUIZM pada sekitar jam 10.30 pagi di Dewan Dato' Hj Fadhil Mohd Noor, KUIZM.
Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Penolong Rektor 2 (HEP) Al-Fadhil Ust Mohd Norhan B Hamsi. Kemudian ucapan daripada wakil Lajnah Kebajikan PAS Pusat iaitu Cikgu Yusuf dan seterusnya sesi taklimat di sampaikan oleh En. Sharbi B Kamaruzzaman.
Borang Skim PAS terus di edar semasa sesi taklimat untuk diisi terus oleh para pelajar KUIZM. Para pelajar juga mengambil peluang untuk melontarkan soalan-soalan berkaitan Skim PAS ini di penghujung sesi taklimat.
KUIZM Bakal Jalin Kerjasama dengan Sekolah As-Syakirin
Bangi, 28 Mac 2016 : Satu pertemuan dan lawatan pendidikan telah dijalankan di Sekolah As Syakirin cawangan Bangi. Pertemuan empat mata tersebut telah diketuai oleh Ustaz Mohd Farkhan Bin Md Zain selaku Penolog Rektor 1 (HEA) dan berserta tiga lagi pegawai KUIZM iaitu Ustaz Mohd Norhan Bin Hamsi, Penolog Rektor 2 (HEP), Ustaz Azhar Bin Yahya, Ketua Jabatan Muamalat & Kewangan Islam dan Ustazah Nadiah Binti Abd Rahman, Ketua Jabatan Dakwah & Komunikasi.
Ihtifal Amal Islami KUIZM 2016
Alhamdulillah perbagai acara kemahiran amal Islami dipertandingkan dalam Ihtifal Amal Islami KUIZM 2016 yang berlangsung meriah pada 18 & 19 Mac lalu.
Kebanyakan pelajar memanfaatkan peluang yang ada ini untuk mengasah serta mempamerkan bakat-bakat yang ada dalam diri masing-masing. Kemahiran amal Islami ini amat penting untuk dimanfaatkan di medan dakwah apabila mereka terjun ke medan sebenar kelak.
Mukabuku
TV KUIZM